Tuesday, March 20, 2012

'ketekunan' melanda di bilik kubikal universiti tercinta


dari tadi baru siap satu lukisan daaa~~ (Order Hymenoptera, Family Vespidae, Vespidae sp.)

apa boleh buat~ jum sambung kerja sampai siap!


tekun dan berusaha

apa macam? ada wokey kaa? :)

Siap!! ^_^ *muka bangga*

NO worries, handle tekanan dgn ketenangan. peace yo! (trip ac mizal) :D

Saturday, February 11, 2012

entry bergambar bersama siti nurhaliza ^_^

artis no 1 negara, Siti Nurhaliza :') huu~saranghae ct..

FINALLY.. impian sy sejak kecil termakbul hari ni :') wuhuu.. dapat berjumpa dgn artis no.1 negara kita Siti Nurhaliza u all. Peminat ct sejak kecik nii.. >_<

huu~ bukan tgk dari jauh.
tapi duduk dekat, dpt berbual sekejap, kiss & hug dari ct.
rasa mcm mau menangis pun ada bila impian yg kita simpan2 sejak kecil, tercapai akhirnya ^_^
ya la, Siti jarang turun Sabah. Peluang keemasan mcm ni mmg x kan di lepaskan :)
okay2. lokasinya adalah 1Borneo Hypermall, Sabah. tapi, bukan semua dapat peluang jumpa ct dekat2 tau. 
sesiapa yg buat pembelian produk dari SimplySiti bernilai RM100 shja dpt peluang brgambar dan beramah mesra dgn ct.

dgn baik hati nya, my mom sponsor me n my kakak :) hee.. we LOVE u mama. so, sy dan kakak sy dpt lah jumpa ct. gembiranya hati bukan kepalang saat itu. ;D

sebelum naik pentas utk jumpa ct mmg x sabar2, rasa nervous pun ada. mana tak nya, org yg kita selalu kagum sgt bila tgk dpn tv, skrg ada di depan mata. 

dari kecik ikut perkembangan ct, mcm rasa diri ni sgt dekat dgn ct. padahal ct bukan knl kitorang pun =_=" hekhekhek

mcm x mau lepas pun ada. bro2 n sis2 yg jaga ct kat atas pentas tu balik2 dok ckp " okay, thank u" haha. bagi signal nak suru kitorang turun dah lah tu.kami buat2 pekak je time tu ;p

me and my kakak minta sign bnyk2. kat handphone, kat produk yg kami beli, kat beg kami, and my sis siap minta sign kat her tudung ;D

tanpa melengahkan masa, kat bwh ni u all boleh tgk lah puas2 ct  nurhaliza yg comell, gebu, cantik, aishhh.. x tau lah apa lagi. ;D


ct sgt comel kan? kan? kan? huu~ >_<

ct, sign lagi banyak2 ok? ;D hihi  
haha. nampak sgt x mau lepas mata dari ct kan? ;D

lepas sign yg tu, sign handphone lg ok kak ct? :)
sebahagian barang2 sy yg siti sign. :)
ct dari jauh :) sgt suka buat lawak ct ni ^_^
me and ct on the stage :) thanx to my bro snapping this pic dari jauh. hee.
saya lah budak paling happy hari ini ^_^


with my kakak :)
with my lovely mom yg baik hati sponsor kami berdua. hihi

some of the product. compactpowderlipglossblusherlipstickloosepowder. :)
ouh luv u ct. ^_^ yg ni dermagic punya ad.
ouh, fyi, ct akan berada di Brunei esok.warga brunei, apa lagi? jgn lepaskan peluang jumpa ct ok? :) and ct, rajin2 kanlah dtg Sabah lagi k? ^_____^

so, in conclusion, saya sangat happy!!!!!!! thats all. ^_^

Wednesday, February 8, 2012

entry bergambar bersama Izara Aishah Vanilla Coklat

hye! u all kenal x Izara Aishah?siapa x kenal watak Fiona yg di benci2 dalam drama Soffiya dulu kan? tapi skrg nama izara aishah semakin meniti di bibir semuaa orang disebabkan drama yg sweet lagi mensweetkan

Vanilla Coklat ^_^

title drama pun dah bunyi sweet kan?

pelakon utama semestinya Izara Aishah dan Aiman Hakim Ridza yg menjadi kegilaan gadis2 di luar sana. mana tak nya, tinggi, tough, kulit sawo matang kan? enough said. :D

kalau korang x percaya kehebatan drama ni, korang cuba minggu depan, hari selasa sebelum  pukul 9 atau selepas pukul 10, korang buka Fb. confirm!

sebelum "sekejap lagi nak tgk Vanilla Coklat nak tgk Zara potpetpotepet kat Aamir.  ^_^ "

selepas "aww.. sweetnya.. at last aamir & zara fall in love with each other. rase nak kawen esok je ;D"

dan yg sewaktu dgn nya. tak prcaya, cuba minggu depan k? ;p

Kenal Izara Aishah ni sejak Izara ikut dewi remaja 2009/2010 yg ada jugak di tayangkan d astro ria. first2 tgk mmg dah cop nak Izara menang sbb sy suka tgk izara kecik je orgnya & i really adore her very long hair at that time :D tapi Izara dpt tmpt kedua je utk dewi remaja tu.


so, nak di jadikan cerita, sy dpt jumpa izara di Jom Heboh Sabah 26/6/2011. waktu tu Izara tgk promote drama Keranamu Laila if i'm not mistaken. waktu tu mmg sy mengaku sgt2 x tgk drama tu full episode sbb bz berbisnes time cuti sem. haha. tapi kan sy mmg minat izara since dewi remaja lagi, so, x lepaskan peluang, SNAP, SNAP! :)


Izara yg sgt sporting & friendly :)
 
Izara & zizan ^_^

Izara tgh sign something for me :) haha







tadaa~ ni lah benda yg izara sign tu. amazing kan? =_=" yeah, ink pen tak jalan time tu kwn2. so, siapa mata terang nampak lah jugak sikit bekas pen yg izara sign tu kat atas.

benda ni sebenarnya limited edition frame from Crocs. dpt time kat Jom Heboh tu.
 anyway, sgt happy dah dapat jumpa Izara. and u all nak tau something? Izara is waaaay beautiful & super gorgeous when u see her in real life. i mean, face to face lah tu :)

seriously, sgt cantik. u go girl, u have such a BIG talent and with the great attitude that u have, surely u will go far in your career :) izara muda setahun dari sy. i was born on 1991 and her 1992. hehe

that's all. so, jgn lupa tgk Vanilla Coklat setiap Selasa pukul 9 malam di TV 3 :) confirm u all rasa bercinta lepas kawen is way better sweet lepas ni ;D

p/s: kalau dah terlepas episode2 sebelum ni boleh tgk kat www.tonton.com.my
tengok Vanilla Coklat kat sini :)

Tuesday, February 7, 2012

bangun pagi, gosok gigi ^_^

bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi. haa.. dah mandi belum? hembus nafas sikitt....ni berus gigi pun belom nih kan?? busuk! ;D haha.

ni nak tnya sikit, korang pakai berus gigi apa skrg? oralB? colgate? kodomo lion? johnson baby x pedihkan mata? ehh? ;D

xda apa pun, just nk share, hari tu jalan2 shopping, sy beli berus gigi baru ^_^

al maklum lah, berus gigi cepat worn out sbb gigi tuan punya berus gigi ni mempunyai surface area yg besar. gigi rabbit kan. dua jak besar di depan dan di apit plak oleh siung. haha. x pa.
org cakap, siung tu pemanis wajah. eh, adik2 moden ni tau ke apa tu siung? taring tau? haa.. adik beradik lah tu.

okay2. dulu sy pakai oralB, tapi sekarang tidak lagi ;p skrg sy pakai.. ceteke ceteke. mak aih lain pulak bunyinya, kalau ceciter best ja dgr. haha ok2. CUBA TEKA-CUBA TEKA?


.........



SYSTEMA! haha. mesti terngiang2 dkt telinga korang skrg mcm dalam iklan tu kan?

SYSTEMA!

;D seriously, lps first time guna berus gigi ni, mulut anda x kan berhenti daripada menyebut SYSTEMA! my kakak pun naik menyampah sy ulang bnda tu brkali2. hikhik

systema ni best sgt2! supercool bha org cakap.. naa kan. hehe. dia punya hujung berus tirus tu cuma 0.02mm ja. HOW COOL IS THAT? bila berus gigi mmg tahap kepuasan tu maksima lah i gerenti u! hihi bersih gila gigi. :D

owh berus systema ni dapat menanggalkan lebih 80% plak & 9x lebih bersih serta berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan. best kan? :)

berus gigi systema ni ada 4 jenis compact, comfort, full head, bi-level. masing2 dgn ciri tersendiri.

ceteke sy pilih yg mana satu? haruslah PINK kan? :) that one is compact. saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh katanya.

so apa lagi? jom pegi kedai berdekatan dgn anda dan dapatkan your own SYSTEMA! ;D

owh saja nak share, terserempak dgn benda ni bila sy memerlukan pakcik google pagi tadi :)

pakcik google yg supercool jugak :)

p/s: breakfast jom! :)




Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul :)


Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
assalamualaikum :) Salam Maulidur Rasul wahai sahabat2 yg dikasihi sekalian.

tadi pagi x sempat nk ambik gmbr dgn mama & papa yg pakai baju sedodon utk perarakan maulidur rasul hari ni. sgt sepadan dan menjealouskan okay. >_< x pa. akan tiba masanya nnt wahai edaya. InsyaAllah ^_^

okay, sempena sambutan Maulidur Rasul yg bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“ hari ni saya nk share biodata Rasulullah S.A.W yg kita kasihi selamanya. :) Jom sama2 mengenali rasulullah s.a.w.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTALLIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

:') ALLAH is my god, ISLAM is my religion, MUHAMMAD is my prophet.

*sumber biodata ni cik edaya dpt dari blog yangbaik.blogspot.com

Perfect for me :)

jang geun suk sebagai hwang tae kyung -You're beautiful. remind me of dundut saya yg saya kasihi selalu ;D

suka kerut dahi sampai bercantum betul2 suda tu kening. hehe.
tgk tuu. frown >_<
kekadang dia x tahu yg sy takot tgk muka dia serius. sbb tu sy slalu buat lawak supaya dia x serius2, tapi lawak slalu x jadi. resultnya,..

frown lagi. ingat cool leteww. ;p


 


malah bertambah serius =_="





 
 tapi x pa. semakin lama kitorang sama2 makin sy faham dia. dia memang mcm tu :) buat apa nk paksa dia ubah. he is amzing just the way he is ^_^ 

sbnrnya best jugak sbb da selalu serius,so bila tengok dia ktwa, paling best lah moment tu. rasa mcm nk tangkap gmbr dia bnyk kali guna FLASH BESAR2 + video.. ouh, and and and bagi slow motion moment tu pleaseee. hehe.

okay, yang ni plak?? sekali muncung octopus daa ;D hahaha

p/s: siapa ada movie Marry Me, Mary! ? boleh mintak?? :(

Saturday, February 4, 2012

My Lovely Pets

hi! u all ada pets tak? :) haiwan peliharaan mcm kucing,sugar glider,hamster,tikus belanda, gecko tecko,ular sawa, kura-kura, dlm perahu,pura-pura tak tahu? ehh? tetiba haha ;D

well, cik edaya mmg sgt2 suka dgn haiwan2 ni. di rumah ni mmg bnyk sgt pets. mcm2 plak tu. sy sgt syg pets sy. kalau mati, mesti nangis semalaman sampai esok pagi mata bengkak muka pucat mcm org frust putus cinta putus harapan. haha.

okay, yg ada kat rumah sy skrg ni kucing, rabbit, hamster, mini hamster & turtle :)

ni rabbit sy yg sy jaga dari dia kecik lagi. sblm ni ada bnyk rabbit tapi mati sudaa :(

nampak lobak merah kat ats tu? tu bukan lobak betul, benda tu utk rabbit & hamster gigit2 supaya gigi dorang putih n kuat! ;D
ini pula rumah hamster tersayang :) setakat ni pernah jaga 4 hamster. 2 dah mati. :( satu tu sakit, satu lagi sakit tua (tlmpau lama dah dia idup). so, skrg tinggal dua.

skrg tinggal monkey (kakak yg suka hati bagi ni nama =_=", ikut jak lah)

ni pigy, (my kakak ada satu habit yg dinamakan, suka bagi nama tapi x suka jaga. =_=" as usual, syg kakak punya pasal, ikut jak lah. oh ya, nama hamster yg suda mati tu losy & fony, guess who named them?? *menguap*) ouh,pigy ni tuaaa suda. skrg dia x aktif da. dia lebih suka tidur.


ini mini hamster, sgt kecik & mmg x akan membesar lg dari saiznya yg kecik ni. comel ni.. >_<
sebelum ni sy ada satu lagi mini hamster colour coklat yg sgt comel & manja. tapi oleh sbb kecuaian sstgh pihak yg x menutup kuat pintu rumah mini ni, mini-hamster kesayangan tu dah keluar n x di ketahui apa nasibnya sehinggalah skrg :'( and yes, sy nangis smpai bgkak mata lagi. ouh, mini hamster yg putih ni sgt agresif, dua kali kena gigit oleh dia smpai brdarah.huu.

ni tempat mandi hamster. masukkan pasir wangi, then hamster akan golek2kan bdn dorg yg gebu tu kat dlm tu :)

ni exercise ball :) x cukup dgn tmpt exercise yg sedia ada kat rumah dorang, tmbah lg yg ni. untuk elak hamster dari obesiti ;D

ni turtle sy. mula2 ada dua ekor. tapi yg seekor tu dah mati lps kami pulang dari holiday baru2 ni. huhu. (dpt cari x turtle tu?)

ni lah dia ;D kecik jak dia ni.


begitu lah kisah my pets :) kucing2 semua x da time ni,x dpt ambik gmbr. hairan =_='

sekian :)

New Look! New URL :)

new look! new URL. http://edayamaslim.blogspot.com :)